Setiap org pasti mempunyai seseorang yang dikagumi dan dijadikan idola. Aku juga mempunyai seorang yang aku kagumi dan menjadi idola aku.
Beliau yang telah menjadi idola aku ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Aku memilih beliau kerana beliau seorang yang berani,bijak dan berwawasan.
Masa saya kecik2 dlu,aku pernah terlintas difikiran ataupon bercita-cita ingin menjadi seorang angkasan. Aku ingin menjadi angkasawan yang kedua di Malaysia.tetapi bila aku dah besar, aku tahu agak sukar utk mnjadi seorang angkasan.
Jadi aku bertukar fikiran utk menjadi seorang pendidik. Aku berharap cita-cita aku untuk mnjadi seorang pendidik yg tercapai. Walaupun aku ingin menjadi seorang pengajar, namun Dr.Sheikh Muszaphar tetap menjadi idola aku.
Ini aku kongsi sikit biodata tentang idola aku...

NAMA: Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor al- Masrie Sheikh Mustapha.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 26 Julai 1972 , di Kuala Lumpur.
PENDIDIKAN: (1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lulus Ijazah Sarjana Sains dalam Pembedahan Otopedik (Orthopaedic Surgery) KERJAYA: (1) Pakar Otopedik di Hospital Universiti Kebangsaan malaysia (HUKM). (2). Astronaut (Angkasawan Negara) Penerbangan Angkasa Lepas (Spaceflight Participant (UKP), 2006 - 2007.
KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik Angkasawan Negara oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional (ANGKASA), dengan Dr. Faiz Khaleed sebagai calon simpanan, 2006. (2). Pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsan Malaysia (UKM).
Dr. Sheikh ni merupakan alumni UKM, maka aku sangat berbangga kerana aku juga menyambung pengajian aku di UKM. Tapi ada lag perkara menarik yang aku nak kongsi. hehehe
Secara kebetulan aku telah mendaftar satu subjek citra iaitu Citra Teknologi Angkasa. Dan bertapa bertuanya aku sbb tahun ini kali pertama Dr. Sheikh membuat kelas untuk citra ini. Aku bersyukur kerana ambil subjek ini. Aku terlah berjumpa dengan Dr. Sheikh beberapa kali termasuk semasa didalam kelas dan program bersamanya.πππππ
