Thursday, November 7, 2019

PERSONALITI DIRI

Assalam semua, semua sihat je kan... Alhamdulillah
Umtuk posting kalini aku nak kongsi sikit tentang diri aku. Ianya berkenaan dengan sikap, sifat atau personaliti diri aku. Kita tahukan semua orang lain-lain perangai, sikap dan lain-lain. Dengan itu kita seharusnya hormat dan cuba fahami seseorang punya personaliti agar kita boleh hidup dengan hamoni dan bahagia.

Ciri-ciri personaliti 
Hasil carian imej untuk down arrow gif
1. Pantas

Aku memang dari kecil lagi dididik untuk sentiasa pantas dalam melakuan apa-apa perkara. Sifat ini memang aku dapat daripada ibuku sendiri kerana dia tidak suka orang berlengah-lengah dalam melakukan perkara. Ramai orang  sering menengur sifat ingin cepat dalam semua perkara termasuklah berjalan. Aku memang seorang yang jenis berjalan laju, jika orang dihadapan aku perlahan aku agak rasa panas hati kerana aku jenis berjalan laju. Selain itu, dalam aspek pengurusan masa, aku amat mementingkan kesegeraan. Aku sejenis orang yang sentiasa awal jika berjanji. 

Hasil carian imej untuk faster gif

2. Berahsia

Ciri-ciri diri aku seterusnya ialah aku seorang yang jenis berahsia. Disebabkan aku jenis yang kurang bercakap maka sikap berahsia mejadi sikap yang besar dalam diri aku. Aku lebih suka mendengar apa yang orang cuba sampaikan atau berkongsi masalah tetapi aku bukanlah pemberi respond yang baik. Aku juga mempunyai prinsip hidup "Trust No One" iaitu tidak mempercayai sesiapa pon disekelilig kita. Ye agak pelik prinsip tersebut tapi aku sangat berpengang dan aku akan cuba sentiasa memperingati diri untuk berpada-pada dalam sosial. Mungkin disebabkan itu membuatkan aku kurang untuk bercerita mengenai diri aku kepada orang lain.

Hasil carian imej untuk secret gif


3. Teliti

Untuk sifat peribadi seterusnya adalah aku seorang yang agak teliti. Mungkin sukar untuk orang nampak dirinya teliti dalam melakukan apa-apa perkara tapi bagi aku sesiapa yang mempunyai sifat yang ingin kesempurnaan dalam melakukan apa-apa perkara. Ramai orang sekeliling aku yang rapat sering memberitahu bahawa diri aku ini kadangkala terlalu terliti. Aku tidak menafikannya. Kesimpulannya, teliti ini sebenarnya bagus kerana jika kita melakukan setuatu perkara ,kita haruslah peka dan focus dengan apa yang kita mahu lakukan atau capai, tetapi teliti juga kena berpada atau mengikut kesesuaian. Kadangkala orang dipersekitaran kita kurang selesa dengan orang yang terlalu teliti. hehehehe

Imej yang berkaitan

4. Pendiam

Jenis sifat begini aku tahu ramai yang ada dalam diri mereka. Aku bukanlah terlalu perndiam tetapi perangai aku, aku jenis yang tidak pandai sapa "approach" orang lain dulu. Ye ramai dah aku dengar tentang "My first expression" menyatakan aku sombong. Aku bukannya sombung tetapi tidak pakar atau tidak reti untuk "approach" seseorang dahulu. Aku cuba untuk menjadi lebih ramah jika aku sudah selesa dengan orang tersebut.


No comments:

Post a Comment