Melancong adalah salah satu aktiviti kegemaran aku. Bagi kaki berjalan macam aku ini, aku amat suka untuk keluar melancong tak kesah dalam atau di luar negara. Banyak tempat sudah aku jelajah namun banyak lagi tempat tempat menarik yang aku berhasrat atau mempunyai impian untuk pergi melancong ke sana. Aku amat suka melancong di tempat-tempat yang berbukit-bukau ataupon mempunyai permandangan alam yang menarik. Memandangkan aku juga amat suka mengambil gambar permandangan alam mahupon suatu tempat maka melancong juga cara aku melakukan hobi kegemaran aku itu. Berikut merupakan lokasi perlancongan idaman yang aku sangat-sangat nak pergi.
1. Kashmir
Siapa pernah tengok filem Bajrangi Baijhaan? Ada babak yang menunjukkan keindahan Kashmir terutama di hujung babak cerita. Kashmir sememangnya sebuah lokasi yang tersangat cantik sehingga ada yang menggelarnya sebagai syurga dunia. Ada juga yang menggelarnya sebagai Switzerland Asia.
Kashmir merupakan sebuah lokasi yang bertunjangkan banjaran Himalaya dan merupakan sebuah kawasan 4 musim. Ada musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga. Kawasan pergunungan dan bunga-bungaan cantik memberi satu pemandangan dan suasana segar untuk sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Sedikit tentang Kashmir, ia didiami oleh majoriti penduduk beragama Islam. Maka sebab ini la kashmir merupakan tempat yang aku sangat-sangat nak pergi.
2. Norway ( AURORA BOREALIS )

Norway amat terkenal dengan lokasi yang boleh kita saksikan Aurora Borealis yang cantik. Aku teringin sangat nak ke sana untuk menyaksikan langit pada waktu malam untuk melihat keunikan Aurora ini. Selain itu, ada beberapa fakta menarik mengenai negara norway ni sebenarnya. Norway sebenarnya adalah antara negara yang paling bahagia di dunia.
Menurut World Happiness Report 2017 yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Norway adalah negara yang paling bahagia di dunia apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam ranking tersebut. Laporan tersebut meninjau sebanyak 155 buah negara dan diukur berdasarkan beberapa faktor, termasuk jangka hayat dan kesihatan, kebebasan dan juga social support.
Norway antara negara yang paling selamat di dunia.
Berita baik untuk solo traveller ataupun traveller wanita, kadar jenayah di Norway boleh dikatakan sangat rendah. Low murder rate. Low incarceration rate. Sangat selamat!
Norway juga ada undang-undang “allemanssrett“.
Allemanssrett secara literalnya bermaksud “all men’s right“. Undang-undang ini memberi kebebasan dan hak kepada semua orang untuk akses ke mana-mana tempat awam ataupun persendirian (the right to roam) untuk tujuan rekreasi. Ini bermakna anda boleh mamasang khemah atau mendaki mana-mana tempat yang tidak diusahakan (utmark). Undang-undang ini sangat awesome kerana ada banyak tempat cantik di Norway untuk dilihat.

3. Jepun

Jepun juga banyak tempat yang menarik dan cantik untuk dikunjungi. Terdapat berberapa lokasi yang aku nak pergi antaranya:
Bamboo Forest Street

Fushimi Inari Taisha

Philosopher’s Walk

Berikut semua tempat yang aku amat terigin untuk melancong ke sana . Aku harap satu hari nanti aku berjaya menjelajah ke semua tempat perlancongan yang cantik di dunia.
No comments:
Post a Comment