Friday, December 13, 2019

MAKAN-MAKAN!!!

Assalam semua 😚
posting kalini aku nak kongsikan pada korang mengenai makanan kegemaran aku. Kalau korang nak tahu kan, aku ni boleh dikatakan sebagai "Food Hunter" la jugak sebab aku memang suka makanan dan sentiasa ingin cuba makanan baru.

Sekarang aku akan bagi tahu kat korang semua makanan yang aku selalu makan dan aku sangat syurkan kepada korang untuk pergi cuba makanan niπŸ˜‹

Aku juga akan kongsi semua gambar yang aku tangkap sendiri dan aku pon sudah post di Instagram aku. Kat IG aku banyak lagi gambar makanan yang aku suka makan
Ig : khalid_halim

1. Jenis makanan yang paling aku suka makan ialah Ais Cream. Antara kedai yang aku kerap beli ais cream ialah Family Mart, Mykori dan K-fry.



2. Seterusnya, aku memang peminat makanan manis-manis jadi aku akan selalu beli air seperti Boba Milk Tea, Chocolate Iced dan banyak lagi.


3. Aku juga penggemar Nasi Kandar, jadi jika anda disekitar Bangi dan Kajang aku nak syorkan kat korang untuk pergi ke Nasi Kandar Salman dan Nasi Kandar Apollo 



4. Mee tarik juga menjadi makanan kegemaran aku. Di Bangi terdapat banyak pilihan kedai makan Mee Tarik dan Dumpling





5. Seterusnya makanan Western. Aku jarang untuk makan makanan western tapi kalau kawan dan keluarga aku ajak lepak dan nak makan western aku akan ajak mereka ke sini kerana makanan mereka sedap dan berbaloi. Ianya di Kajang berdekatan dengan Komuter UKM. Mixwell Garage . Tiap kali aku datang aku wajib order Onion RingsπŸ’•πŸ’•


6. Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang aku kerap makan disitu kerana sedap dan harganya yang berpatutan mungkin aku akan buat posting lain untuk makanan yang lain.

Terima Kasih kepada korang yang sudi baca posting aku kali ini. Mesti korang dah lapar kan lepas tengok semua gambar kat atas. hehe

No comments:

Post a Comment