Friday, November 8, 2019

BEST SELLER NOVEL

Haiii semua , kalini aku nak cerita tentang buku yang aku baca dan aku sangat-sangat merasai suka duka yang diceritakan oleh penulis. 


Sebelum tu, aku sebenarnya bukan peminat membaca novel , tetapi berdasarkan "review" daripada orang lain, maka aku tertarik untuk membaca novel ni. 
Tajuk novel ini ialah The Boy in the Striped Pyjamas


Hasil carian imej untuk The Boy in the Striped Pyjamas novel

Bahasa : Inggeris
Penulis : John Boyne
Tarikh diterbitkan : 5 January 2006

Novel ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Bruno yang merupakan anak kepada komandan tentera Nazi dan bersama seorng lagi kawan Bruno iaitu Shmuel. Shmuel ini merupakan anak keturunan Yahudi ditahan di dalam kem tahanan tentera Nazi. Pengakhiran cerita ini sangat la sedih bagi aku sebab Bruno dan Shmuel dibakar hidup-hidup dalam ruangan Gaskammer.

Hasil carian imej untuk The Boy in the Striped Pyjamas

Pada perawalan cerita ini, keluarga Bruno kena berpindah ke tempat baru atas dasar pekerjaan ayah Bruno. Suatu hari tu, Bruno bermain di depan rumah dia, dia nampak kepulan asap dan abu keluar dari cerobong asap yang tinggi dari Kem Tentera tak jauh dari rumah dia. Selepas itu, Bruno terjumpa jalan untuk keluar dari kawasan rumahnya di belakang rumah, maka Bruno bersiar-siar dihutan sehingga terjumpa Kem Tentera tersebut. Maka bermula la perkenalan Bruno dengan Shmuel. Shmuel ini anak berketurunan Yahudi, pada zaman itu agak aku orang Nazi nak hapuskan orang Yahudi. Maka tentera Nazi akan tangkap dan penjarakan mereka. Bruno sering ke kem tentera untuk berjumpa dengan Shmuel kerana dia bosan duduk dirumah.

Hasil carian imej untuk The Boy in the Striped Pyjamas

Hasil carian imej untuk the boy in the striped pyjamas gif

Aku teruskan cerita ke kemuncak, pada satu hari sebelum Bruno berpindah semula ke rumah lama, Bruno ingin berjumpa dengan shmuel untuk melakukan satu perkara buat kali terakhir sebelum dia bertolak. Setelah jumpa, Shmuel dan Bruno dulu macam ada perjanjian untuk mencari ayah Shmuel didalam kem tentera tersebut, maka Bruno masuk dalam kem penjara (Bruno gali tanah bawah pagar dan menukar baju penjara (blue stripped pajamas) untuk menyamar masuk ke dalam penjara. Seterusnya mereka terus ke dalam penjara dan mencari ayah Smuel. Namun tidak berjaya, malah mereka termasuk ke bilik tidur banduan Yahudi dewasa dan kebetulan tentera datang membawa semua banduan ke ruangan lain (ruang mandi). Setelah Bruno, Shmuel dan banduan lain sampai kesitu, mereka diarahkan ke satu bilik ini yang mereka menganggap mereka akan dimandikan beramai-ramai. Maka Bruno dan Shmuel masuk bersama banduan seperti yang diarahkan oleh tentera. Pada masa yang sama, ibu Bruno dan keluarga yang lain perasan bahawa Bruno hilang dari rumah. Maka ibu dan ayah Bruno mencarinya hingga terjumpa baju Bruno dipagar kem penjara. Ayahnya bergelut mencari Bruno dan tiba-tiba ayahnya teringat pengenai bilik gaskammer yang digunakan untuk membakar banduan Yahudi di penjara. Ayah Bruno cuba halang tentera tu menyalakan gas dibilik pembakaran tu.... Dan ye😢Bruno dan Shmuel lah yang terperangkap didalam bilik gaskammer tu. Cerita berakhir...

Hasil carian imej untuk the boy in the striped pyjamas gif

Selain daripada bentuk novel The Boy in the Striped Pyjamas juga diterbitkan dalam bentuk filem. Sebenarnya aku sudah tengok filem dahulu baru membaca novel ini. Jika korang tengok movie dahulu, korang pasti akan terkejut gila part ending dia. Aku betul-betul tergamam dengan penghujung cerita ini. Aku bagi 10/10 untuk cerita ni👍👍👍👍👍


Thursday, November 7, 2019

PERSONALITI DIRI

Assalam semua, semua sihat je kan... Alhamdulillah
Umtuk posting kalini aku nak kongsi sikit tentang diri aku. Ianya berkenaan dengan sikap, sifat atau personaliti diri aku. Kita tahukan semua orang lain-lain perangai, sikap dan lain-lain. Dengan itu kita seharusnya hormat dan cuba fahami seseorang punya personaliti agar kita boleh hidup dengan hamoni dan bahagia.

Ciri-ciri personaliti 
Hasil carian imej untuk down arrow gif
1. Pantas

Aku memang dari kecil lagi dididik untuk sentiasa pantas dalam melakuan apa-apa perkara. Sifat ini memang aku dapat daripada ibuku sendiri kerana dia tidak suka orang berlengah-lengah dalam melakukan perkara. Ramai orang  sering menengur sifat ingin cepat dalam semua perkara termasuklah berjalan. Aku memang seorang yang jenis berjalan laju, jika orang dihadapan aku perlahan aku agak rasa panas hati kerana aku jenis berjalan laju. Selain itu, dalam aspek pengurusan masa, aku amat mementingkan kesegeraan. Aku sejenis orang yang sentiasa awal jika berjanji. 

Hasil carian imej untuk faster gif

2. Berahsia

Ciri-ciri diri aku seterusnya ialah aku seorang yang jenis berahsia. Disebabkan aku jenis yang kurang bercakap maka sikap berahsia mejadi sikap yang besar dalam diri aku. Aku lebih suka mendengar apa yang orang cuba sampaikan atau berkongsi masalah tetapi aku bukanlah pemberi respond yang baik. Aku juga mempunyai prinsip hidup "Trust No One" iaitu tidak mempercayai sesiapa pon disekelilig kita. Ye agak pelik prinsip tersebut tapi aku sangat berpengang dan aku akan cuba sentiasa memperingati diri untuk berpada-pada dalam sosial. Mungkin disebabkan itu membuatkan aku kurang untuk bercerita mengenai diri aku kepada orang lain.

Hasil carian imej untuk secret gif


3. Teliti

Untuk sifat peribadi seterusnya adalah aku seorang yang agak teliti. Mungkin sukar untuk orang nampak dirinya teliti dalam melakukan apa-apa perkara tapi bagi aku sesiapa yang mempunyai sifat yang ingin kesempurnaan dalam melakukan apa-apa perkara. Ramai orang sekeliling aku yang rapat sering memberitahu bahawa diri aku ini kadangkala terlalu terliti. Aku tidak menafikannya. Kesimpulannya, teliti ini sebenarnya bagus kerana jika kita melakukan setuatu perkara ,kita haruslah peka dan focus dengan apa yang kita mahu lakukan atau capai, tetapi teliti juga kena berpada atau mengikut kesesuaian. Kadangkala orang dipersekitaran kita kurang selesa dengan orang yang terlalu teliti. hehehehe

Imej yang berkaitan

4. Pendiam

Jenis sifat begini aku tahu ramai yang ada dalam diri mereka. Aku bukanlah terlalu perndiam tetapi perangai aku, aku jenis yang tidak pandai sapa "approach" orang lain dulu. Ye ramai dah aku dengar tentang "My first expression" menyatakan aku sombong. Aku bukannya sombung tetapi tidak pakar atau tidak reti untuk "approach" seseorang dahulu. Aku cuba untuk menjadi lebih ramah jika aku sudah selesa dengan orang tersebut.


Wednesday, November 6, 2019

POSITIF + SIHAT

Assalam semua... Korang semua buat apa tu? Jangan stress² ye, hidup kena sentiasa positif dan gembira. Ye kita manusia memang tak lari dengan masalah dan dugaan. Inn Sya Allah... setiap masalah , ujian dan halangan yang kita tempoh dengan kesabaran pasti akan ada hasil atau perkara yang indah dihujungnya. Aku juga dulu pernah juga rasa tertekan, putus asa dan depresi dengan masalah dan dugaan yang datang. Berkat kesabaran, usaha , tawakal dan semangat daripada orang sekeliling maka segala ujian dapat ditempuhi.

Baiklah, sekarang aku nak kongsi sikit tip-tip atau macam mana kita nak jadi seseorang yang positif dan sihat.

1. Bersyukur

Cara paling mudah atau getara dalam macam mana untuk memotivasikan diri ialah dengan sentiasa berasa bersyukur  dengan diri kita serta bersyukur dengan apa disekeliling. Bersyukur membuatkan diri kita rasa semua perkara, masalah dan lain-lain menjadi lebih tenang dan redha. 

Hasil carian imej untuk bersyukur gif

hidup akan lebih bahagia dan indah jika kita dapat menikmati apa yang dimiliki.
rahsia kenikmatan bukan terletak pada nikmat tersebut, tapi pada rasa syukurnya...


2. Memaafkan

Untuk menjadi seseorang yang positif dan sihat kita hendaklah memastikan hidup dan perasaan kita bersih dan memaafkan . Jika kita sentiasa memaafkan orang, secara tidak langsung hati kita akan tenang dan gembira. 

Hasil carian imej untuk memaafkan gif


3. Persekitaran yang baik

Cara terakhir untuk menjadi positif dan sihat ialah kita haruslah berada atau memastikan kita dipersekitaraan yang positif dan sihat. Erti kata lain, kita seharusnya berdamping dengan dengan keluarga atau rakan-rakan yang sentiasa membuatkan kita positif dan gembira. Jika kita sentiasa berada dikalangan yang kurang sihat maka kita juga akan sama dengan mereka. 

Imej yang berkaitan


“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

JALAN-JALAN JOM

Melancong adalah salah satu aktiviti kegemaran aku. Bagi kaki berjalan macam aku ini, aku amat suka untuk keluar melancong tak kesah dalam atau di luar negara. Banyak tempat sudah aku jelajah namun banyak lagi tempat tempat menarik yang aku berhasrat atau mempunyai impian untuk pergi melancong ke sana. Aku amat suka melancong di tempat-tempat yang berbukit-bukau ataupon mempunyai permandangan alam yang menarik. Memandangkan aku juga amat suka mengambil gambar permandangan alam mahupon suatu tempat maka melancong juga cara aku melakukan hobi kegemaran aku itu. Berikut merupakan lokasi perlancongan idaman yang aku sangat-sangat nak pergi.

1. Kashmir
Hasil carian imej untuk kashmir

Siapa pernah tengok filem Bajrangi Baijhaan? Ada babak yang menunjukkan keindahan Kashmir terutama di hujung babak cerita. Kashmir sememangnya sebuah lokasi yang tersangat cantik sehingga ada yang menggelarnya sebagai syurga dunia. Ada juga yang menggelarnya sebagai Switzerland Asia.

Kashmir merupakan sebuah lokasi yang bertunjangkan banjaran Himalaya dan merupakan sebuah kawasan 4 musim. Ada musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga. Kawasan pergunungan dan bunga-bungaan cantik memberi satu pemandangan dan suasana segar untuk sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Sedikit tentang Kashmir, ia didiami oleh majoriti penduduk beragama Islam. Maka sebab ini la kashmir merupakan tempat yang aku sangat-sangat nak pergi.

2. Norway ( AURORA BOREALIS )
Hasil carian imej untuk Norway ( AURORA BOREALIS )

Norway amat terkenal dengan lokasi yang boleh kita saksikan Aurora Borealis yang cantik. Aku teringin sangat nak ke sana untuk menyaksikan langit pada waktu malam untuk melihat keunikan Aurora ini. Selain itu, ada beberapa fakta menarik mengenai negara norway ni sebenarnya. Norway sebenarnya adalah antara negara yang paling bahagia di dunia.

Menurut World Happiness Report 2017 yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Norway adalah negara yang paling bahagia di dunia apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam ranking tersebut. Laporan tersebut meninjau sebanyak 155 buah negara dan diukur berdasarkan beberapa faktor, termasuk jangka hayat dan kesihatan, kebebasan dan juga social support.

Norway antara negara yang paling selamat di dunia.
Berita baik untuk solo traveller ataupun traveller wanita, kadar jenayah di Norway boleh dikatakan sangat rendah. Low murder rate. Low incarceration rate. Sangat selamat!

Norway juga ada undang-undang “allemanssrett“.
Allemanssrett secara literalnya bermaksud “all men’s right“. Undang-undang ini memberi kebebasan dan hak kepada semua orang untuk akses ke mana-mana tempat awam ataupun persendirian (the right to roam) untuk tujuan rekreasi. Ini bermakna anda boleh mamasang khemah atau mendaki mana-mana tempat yang tidak diusahakan (utmark). Undang-undang ini sangat awesome kerana ada banyak tempat cantik di Norway untuk dilihat. 
Hasil carian imej untuk Norway ( AURORA BOREALIS ) gif


3. Jepun
Hasil carian imej untuk japan gif

Jepun juga banyak tempat yang menarik dan cantik untuk dikunjungi. Terdapat berberapa lokasi yang aku nak pergi antaranya:

Bamboo Forest Street

Hasil carian imej untuk Bamboo Forest Street

Fushimi Inari Taisha

Hasil carian imej untuk Fushimi Inari Taisha

Philosopher’s Walk

Hasil carian imej untuk philosopher’s walk kyoto



Berikut semua tempat yang aku amat terigin untuk melancong ke sana . Aku harap satu hari nanti aku berjaya menjelajah ke semua tempat perlancongan yang cantik di dunia.