Assalamualaikum semuaaaa💪
Kali ini aku nak kongsi kat semua ni tip dan inspirasi untuk menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Ramai kawan aku tanya macam mana nak "perform" macam kau, bagi la tip nak dekan macam kau "weh". Hrmm susah sebenarnya nak bagitahu cara sebab apa, kejayaan yang seseorang kecapi adalah berbeza bagi setiap orang untuk diraih. Lain orang lain caranya, lain orang lain rezekiya. Baiklah, dengan itu aku nak kongsi sikit tip ataupon perkara yang aku selalunya buat dan benda yang aku elakkan sepanjang aku belajar semasa diploma dan ijazah💣
PERKARA YANG KITA PERLU BUAT KALAU NAK BERJAYA
INN SYA ALLAH AMIN
1. Sentiasa ambil serius tentang "assessment"
Semua benda seperti kuiz, test, "assignment" individu dan kumpulan termasuk "presentation" adalah perkara penting yang korang perlu sangat-sangat titik beratkan. Nak dikatakan ramai pelajar sangat pandang rendah tentang perkara macam ni. Dorang anggap kuiz je pon tak yah nak beriya sangat. Salah!!!!!!!!!!! Semua assessment adalah penting dan akan menentukan korang punya CGPA tau. Walaupom "carry mark" bagi setiap assessment ciput, tapi yakinla benda ni yang mempengaruhi keputusan akhir korang nanti. Dan la peperiksaan akhir pon sendu, lepas tu carry mark terbantut, maka faham-faham jela ye korang. Lepas ni tolong buat sehabis baik walaupon pensyarah suruh buat tutorial, kadang kala kat situ pon ada markah😊
2. Rehat dan riadah yang seimbang
Bagi aku , aku sangat pentingkan waktu rehat aku. Sebab apa? Yela kalau selalu letih je, nak pergi kelas pon tak ada mood nak belajar. Aku akan pastikan jam 12 malam aku dah tido dan selalunya pukul 11 tu aku dah kat atas katil dah. Ramai rakan sebilik selalu kata aku ni jenis tidur awal la, budak nerd la, tapi aku kesah apa kan. Janji esok pagi bangun awal, senang dan tak tergesa-gesa untuk pergi ke kuliah. Aku memang jenis datang awal ke kuliah walaupon bukan tujuan untuk baca topik yang akan belajar tapi hanya untuk pastikan aku dah bersedia di kuliah untuk belajar.
3. Cari waktu/cara belajar tersendiri
Lain orang lain caranya untuk dia ulang kaji @ belajar untuk peperiksaan. Cara aku sendiri aq akan mula ulangkali (selalu jika ada kuiz test je) lepas magrib hingga jam 11 malam je dan aku tak pernah belajar malam-malam buta. Sebab aku ni jenis suka tidur awal. Ramai aku tengok yang suka ulangkaji pada waktu tengah malam atau waktu sepatutnya kita tidur. Terpulanglah ikot cara masing masing yang paling berkesan untuk diri sendiri. Yang penting sentiasa berusaha untuk cari kaedah yang lagi baik untuk belajar. Ada yang suka belajar secara berkumpulan , ada juga yang suka bersendirian macam aku😂 Aku harap korang tahu cara terbaik untuk korang ulang kaji tau. Tapi yang paling terbaik adalah "study last minit" betul ke? hehe
4. Restu ibu bapa dan hubungan bersama-Nya
Dalam topik ni aku malas nak hurai panjang sebab semua orang dah tahu kan😏. Just nak tekankan kat sini selain usaha gigih, doa untuk ibu bapa , doa/restu dari ibu bapa dan doa untuk diri sendiri kita kena titik beratkan. Dan ni pon penting!!! Jangan mudah putus harapan, mungkin ramai yang rasa atau alami dirinya tak pandai, keputusan teruk dan lain lain tu sentiasa percaya bahawa tuhan bagi rezeki pada hamba-Nya berbeza-beza. Percayalah kalau korang dah berusaha tapi macam tak berhasil, mungkin itu bukan yang terbaik buat kita (kita tak dapat sesuatu yang kita nak mungkin sebab tuhan nak lindung kita sebenarnya). Akan ada benda lain yang kita tak sedar kita dapat lebih daripada orang lain. Lain orang lain rezekinya okey😉
PERKARA YANG KITA PERLU ELAK!!!!
1. Bercintan-cinton
Haha, bunyi macam tak ada mengenakan dengan topik blog aku ni, tapi selalunya hal hal macam ni la punca korang susah nak berjaya dalam pelajaran (bukan semua la). Tapi berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakkannya lalai dengan pasangan masing-masing. Lalai tu maksudnya dari segi masa, duit dan perasaan. Majoriti yang bercinta ni mesti akan bergayut (telepon). Habis masa kat bersembang je, lepas tu, asal tak ada kelas atau cuti mesti nak keluar. Aku tak de la nak benci sangat untuk orang bercinta ni, ramai je yang berjaya walaupon bercinta sebab dia pandai urus masa dan komitmen. Ni ada yang jenis malas belajar, bercinta numbor 1. Bila putus cinta, kata la tak ada mood nak belajar la, ponteng kelas la dan macam macam lagi kan. So aku nak pesan kat korang nak bercinta tak salah , sila lahh, tapi pastikan korang sentiasa ingat niat utama korang sambung belajar tu untuk masa hadapan, untuk ibu bapa korang. Okeys
2. Hura-hurey
Bila kau dah bergelar mahasiswa ni, kau pasti akan rasa bebas ataupon tak terikat lagi dengan peraturan didalam rumah macam dulu. Kau boleh buat macam-macam kat luar sana. Perkataan "macam-macam" ni yang bahaya sebenarnya. Banyak pelajar terlalu seronok "hura-hurey"😝 bak kata ramai orang "enjoy your student life" ni yang menjerumus korang ke lembah kejahilan. Tak perlu aku nak sebut satu-satu perkara tu tapi korang boleh pikir sendiri dan selalu dengar di dalam berita tentang perkara buruk yang dah berlaku pada pelajar kita. Nasihat aku untuk kali ini adalah tolong pandai bawa diri, sentiasa fikir (masa hadapan) sebelum bertindak. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.
3. Tinggalkan kawan yang mindanya beracun
Suka aku ingatkan perkara macam ni sebab pengaruh rakan ni besar impaknya. Kawan berminda racun ni ada pelbagai bentuk. Antaranya ialah rakan yang suka kondem @ merendah-rendahkan orang lain atau diri kita. Kawan macam ni kita perlu hindari sebab apa? kerana golongan beginilah yang akan membuat kita semakin terpesong atau membuatkan kita semakin rendah diri. Selain itu, kawan yang sering mengajak kita untuk buat perkara yang tidak senonoh atau perkara tak baik. Sebab itu korang kena bijak pemilih kawan dan hati-hati sebab ramai dah yang kena "kawan makan kawan"
Okey itu saja perkara @ tips untuk korang yang perlu ingati dan sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh membantu korang cuma hanya ini aku dapat kongsikan yang aku rasa penting bagi aku untuk lebih yakin dan berjaya semasa menuntut ilmu
Assalaualaikum..😘
No comments:
Post a Comment