ASSALAMUALAIKUM SEMUA😉
Aku yakin semua orang pasti ada sesuatu perkara yang dia
betul-betul suka atau minat. Tak kesah la minat kat sesuatu benda atau
seseorang. Kali ni aku nak kongsi seseorang yang aku sangat-sangat minat dari
zaman persekolahan lagi. Seorang artis wanita yang berasal daripada New York
City yang bernama Lana Del Rey (LDR). Aku betul-betul minat dia kerana keunikan
suara dan lagu yang dicipta membuatkan aku asyik mendengarnya..

ARTIS KEGEMARAN
Okey la mesti korang tak pernah dengar nama Lana ni kat
malaysia. Ye betul, aku tak nafikan lagu lana agak kurang diputarkan di
corong-corong radio oleh kerana bukan semua orang boleh terima atau minat lagu
bergenre pop.
BIODATA
Sedikit info pengenai artis kesayangan aku ini, dia dilahirkan di New York Citu U.S. pada 21 June 1985 maksudnya dia sudah berumur 34 tahun. Tapi dia berkarya di Los Angeles, California. Selain menyanyi, LDR juga merupakan penulis lagu, pengarah muzik video, penulis syair / sajak dan juga seorang model. LDR mula bergiat aktif pada tahun 2005 di mana di juga dulu pernah menjadi penyanyi di “Old Bar”. Nama dia melonjak naik setelah dia mengeluarkan single pertama atas nama komersial LDR iaitu video games dan menjadi hit di Amerika dalam tahun 2011. Ldr telah berjaya meraih beberapa anugerah muzik antaranya Grammy Awards, Golden Globe Awards dan banyak lagi. Nama sebenar LDR ialah Elizabeth Woolridge Grant. Pada awal dia berkarya, dia pernah menggunakan beberapa nama komersial antaranya May Jailer , Lizzy Grant dan akhirnya dia menggunakan nama Lana Del Ray sehingga sekarang.
LAGU KEGEMARAN
Dari 2011 iaitu bermulanya careernya sebagai LDR sehingga
sekarang, Lana Del Rey telah berjaya mengeluarkan sebanyak 5 album dan
kesemuanya menjadi kegemaran aku pabila tiap kali album baru keluar. Antara
album LDR ialah "Born to Die" (24 buah lagu),
"Ultraviolence" (15 buah lagu), "Honeymoon" (14 buah lagu),
"Lust For Life"(16 buah lagu) dan yang terbaru "Norman
Rockwell" ( 13 buah lagu). Sebelum mengeluarkan semua albumnya, dia telah
mencipta ratusan lagu namun lagunya kurang mendapat sembutan.
Antara lagu kegemaran yang aku selau dengar :
1. Old Money
2. God & Monsters
3. Black Beauty
4. The Greatest
5. Angel Forever
Jadi itu saja yang aku nak kongsikan tentang artis kegemaran aku sejak dari dulu sampai sekarang. Tapi ade je lagi beberapa artis yang aku minat antaranya Melanie Martinez, Sufjan Stevens, Milk and Bone dan banyak lagi. Tapi Lana Del Rey merupakan artis no.1 didalam hati aku. Aku harap agar Lana Del Rey terus berjaya di dalam industri muzik dan dapat terus mencipta lebih banyak lagi muzik seni yang kami(peminat lana) sayangi. Terima kasih korang kerana sudi baca posting kali ini.💕
No comments:
Post a Comment