ASSALAMUALAIKUM SEMUA😉
Ha kalini aku nak kongsi tentang kampung halaman aku. Aku pasti bila sesiapa saja fikir tentang kampung halaman pasti akan rasa rindu, gembira dan macam-macam lagi kerana kat kampung la tempat suka duka kita bersama keluarga. Tapi aku nk mintak maaf dahulu kalau mungkin ada di kalangan korang yang tak ada kampung @ tak merasa ada pengalaman balik kampung sbb korang dah memang duduk dikampung(tempat kelahiran) kikikiiii🤣.
Baiklah, sekarang aku nak habaq kat mana kampung halaman aku. Keluarga aku semuanya berasal daripada Perlis. Mak dengan Abah, dilahirkan di Perlis tetapi di daerah yang berbeza. Begitu juga aku dan akak abang aku semua dilahirkan di Perlis dan tidak pernah penetap di Perlis.
Aku nak cerita kat sini adalah ibu bapa aku membesar dan berkahwin di Perlis. Setelah beberapa tahun ibu bapa aku telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Maka bila mak aku mengandung dan pasti mereka akan pulang ke kampung untuk melahirkan kami.
Nama kampung aku disebelah keluarga mak aku ialah Kampung Kok Klang. Aku jamin ramai yang tak pernah dengar atau pon keliru kengkadang tersalah dengar menjadi Port Klang. Hehe . Mana kala kampung disebelah ayah aku bernama Sungai Berembang. Mungkin nama ni agak popular sikit kerana ianya berada di Kuala Perlis. Kami sekeluarga biasanya akan balik ke Kok Klang dahulu kerana disitu terdapat rumah peninggalan nenek aku kepada mak aku. Maka kami kalau balik kampung akan menetap di rumah kampung kok klang.
Kampung Kok Klang ini berada di selatan Perlis dimana berdekatan dengan Kedah. Kok Klang juga berada diantara daerah Chuping Dan Arau (maaf kalau info ini salah tetapi kalau ikotkan lebih kurang begitu). Nama Kok Klang merupakan hasil daripada gabungan bahasa siam iaitu tengah pulau ( kok = tengah )(klang = pulau) Jadi nama Klang di Selangor tu berasal daripada perkataan Siam la kan? 🧐 hehe tak apa la. Dan di perlis memang Kampung Kok Klang dikenali sebagai Perkampungan Siam. Ya, nenek dan mak aku memang berdarah keturunan Siam. Mereka boleh bertutur dengan lancar dalam bahasa Siam. Mak aku kalau balik kampung lagi-lagi terjumpa “geng” dia mesti bahasa siam keluar dari mulut mereka. Manakala kami adik beradik termenung tak faham apa apa. Hehe
Tapi kampung Kok Klang tu bukan la ditengah pulau pon. Malah kampung kami sangat jauh daripada laut / pulau. Ia barang kali kampung kami berada di tengah tengah bulatan sawah padi. Bukan 1-2 rumah kampung je. Tapi dalam kampung kok klang ada balai polis, perpustakaaan awam , RTC dan banyak rumah kampung yang berada di dalam lingkungan Kampung Kok Klang. Kalau sekali imbas masuk ke Kok Klang, memang tak nampak pon macam di tengah tengah sawah kerana Kampung Kok Klang nak dikatakan agak besar.
Aktiviti di kampung.
Bila balik je kampung mesti macam macam aktiviti yang aku nak buat. Selalunya aku akan rindu dengan MAKANAN disana. Disini aku nak cerita pulak tentang "port" makan yang best disekitar Perlis.
1. Lokcing😭
Lokcing antara makanan kegemaran aku, kalau boleh aku nak makan hari-hari. Haha, tapi Lokcing ni makanan yang kurang sihat, jadi kena berpada-pada. Untuk korang yang tak tahu Lokcing tu apa, ianya sejenis sosej buatan Thailand yang halal dan mempunyai berbagai perisa seperti pulut, tomyam, ayam, blackpaper dan banyak lagi wehh.

2. Tom Yum
Dah nama pon negeri sempadan Thailand, jadi memang rugi la kalau pakat tak mai makan tomyam lagi-lagi di daerah Padang Besar. Di situ, terdapat pelbagai menu masakan Thai yang betul-betul sedap. Sambil makan di padang besar, boleh membeli belah di Arked Padang Besar.
3. Laksa Kuala Perlis
Aku juga sebenarnya hantu Laksa. Antara perkara wajib keluarga aku akan lakukan adalah pergi cari Laksa Kuala Perlis. Selalunya kami akan pergi ke kedai Restoran Laksa Kak Su kerana antara Laksa Kak Su dengan kedai lain, Kak Su punya laksa paling sedap (kena dengan tekak kami sekeluarga)
Selain makanan yang menarik dan sedap, Perlis juga mempunyai lokasi-lokasi yang menarik antara nya Nat (pasar pagi) terutama Nat Pokok Getah, Kaki Bukit (riadah), Wang Kelian, Padang Besar dan banyak lagi. Jadi tak rugi pon kalau korang bercadang untuk melancong di Perlis bahkan harga-harga barn