Monday, September 23, 2019

FIRST DAY OF MY DEGREE YEAR

Haii guys... Assalamualaikumm😍. Okey la sebenarnya posting kali ini aku nak cerita tentang perjalanan aku nak mendaftar sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia💓. Sekian lama dah aku tunggu nak sambung degree selepas habis diploma di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin💞

Memandangkan aku ni intake kemasukan rayuan ataupon intake ke-2, so aku agak lambat mendaftar masuk ke UKM. "First impression" bila nk masuk UKM ni aku tak berapa seronok sebab aku selalu terpikir yang aku sudah tertinggal beberapa minggu kuliah dan aku sangat risau tentang nak daftar subjek dan citra. HAHAHAH. Tapi apa boleh buat, bersyukur jela sebab dapat jugak tawaran sambung belajar di universiti.  

Baiklah, sekarang aku nak cerita perjalanan pendaftaran aku di UKM. Aku dah sediakan semua kelengkapan dari segi dokumen dan barang nak duduk dalam asrama ( aku tak pening sangat pikir nak bawa apa sebab aku dah ada pengalaman duduk asrama masa diploma dulu). Kebanyakkan barang yang dibawa semuanya dari barang masa diploma dulu. Semua persiapan aku buat sendiri sebab aku ni jenis tak suka nak menyusahkan mak ayah aku. Jadi, pada 18 september aku pergi ke UKM sorang-sorang untuk lapor diri dan masuk ke kolej. Ye sorang-sorang😅. Mak dan abah nak je ikot aku daftar tapi aku pikir dorang dah berusia, jadi tak nak menyusahkan dorang sebab aku risau nanti kalau ada taklimat bagai tu mereka kena tunggu aku. Lebih baik mereka duduk rumah je kan. 

Aku dengan sendirinya pergi ke UKM uruskan urusan lapor diri dan pendaftaran kolej, rasa agak janggal sebab tengok semua pelajar lain datang dengan keluarga. Selepas dah daftar dan ambil kad metrik, kami diberitahu kena tunggu sehingga jam 10 pagi untuk mendengar taklimat dan ikrar aku janji. Pada masa tu aku jam 9 pagi aku sudah selesai mendaftar, maka aku terpikir untuk selesaikan urusan masuk ke kolej dan kemas bilik.Semua pelajar lain masih menunggu dan aku ni jenis tak sabar, maka aku pergi ke kolej dan cuba untuk mendaftar dan ambil kunci bilik aku. Aku sangat lega sebab pegawai kolej tu bagi aku ambil awal. Tak sia sia aku datang awal. Berbekalkan baki masa 30 minit sebelum taklimat, aku cepat-cepat angkut semua barang aku ke dalam bilik. Alhamdullilah bilik okey😇. Lepas barang dah bawa naik ke bilik, aku terus ke pejabat akademik untuk sesi taklimat...

Lepas habis taklimat tu kami diberi masa untuk selesaikan urusan kolej(daftar,kemas bilik dan rehat). Urusan pendaftaran subjek akan dilalukan keesokanharinya.
Esoknya tu, kami(aku dan geng rayuan FEP yang lain) dibawa ke pejabat apa tah kat tingkat 4 FEP tu untuk taklimat pendaftaran kursus. Okey mula dari sini la yang aku paling serabut😂 Kami tak merasa MMM (minggu mesra mahasiswa). Kami agak ketinggalan sebab pelajar intake pertama dah mula minggu kulah yang ke2. Kami mempunyai masalah untuk daftar subjek kerana kebanyakkan semua kelas sudah penuh untuk mendaftar secara online. Kami terpaksa mendaftar subjek faculti dan citra secara manual. Kaedah mandaftar manual adalah dengan meminta persetujuuan pensyarah subjek tu. Ia menjadi kekangan kepada aku dan yang lain kerana terpaksa mencari seorang demi seorang pensyarah untuk minta nak masuk ke kelas mereka. Yang paling susah nak selesaikan ialah daftar subjek Citra. Allah je tahu macam mana kami "struggle" sebab nak cari pensyarah subjek citra amatlah jauh dengan fakulti kami. Aku sangat bersyukur sebab aku ada beberapa orang sahabat (rayuan) yang sama sama dengan aku untuk mendaftar secara manual. Ada pensyarah yang tolak kami, ada juga pensyarah yang boleh terima kami. Dalam masa 2 minggu jugak kami bergelut untuk daftar Citra secara manual. 

Apa-apa pon Alhamdulilah sebab semua perkara dah selesai dan aku ada kawan-kawan yang selalu bantu dan bagi semangat aku semasa minggu perawalan di UKM. Aku juga sebenarnya hampir putus asa oleh kerana susahnya nak daftar subjek oleh kerana semua kelas dah penuh tu...huhu 

Sebelum menutup tirai(gitew ayat), aku nak cakap terima kasih kepada anda yang sudi baca posting pertama aku dalam Blog Life Imitates Art ni. Maaf kalau bahasa aku agak kurang penyenangkan atau informal sebab blog ini hanya untuk santai-santai sahaja..
 Assalamualaikum👋